Friday, January 30, 2009

" Road Trip 09: Back to Basic "

In this road trip: Fizi Jarman + ” cik Oregon “ + E-chert + Lee

Period : 18th JAN 2009 until 29th JAN 2009.

18th JAN 2009 (Sunday):

Road trip tahun 2009 dah pun bermula. This time terpaksa start awal pasal force leave before april ; so aku no choice & maybe this is the perfect time to travel during CNY & a week before that. So, sebab tu aku decide 2 weeks leave from 17th JAN until 1st FEB 2009; dekat-dekat 15 hari jugak. Semua barang dah ready & aku gerak dari “ Homealone “ jam 10:45 tapi dah considered lewat jugak; gara-gara cari roadtax punya document. Sepatutnya time tu aku dah kat Ipoh singgah amik Lee. Anyway , aku sampai McD Ipoh tepat jam 12:12 , bawak macam Marcus Gronholm la jugak, nyaris-nyaris nak langgar palang tol masa nak pass thru lane SMART Tag, sempat braked & baru la palang tu nak bukak ….siot punya palang lembab angkat.

Sampai McD, pickup Lee & terus gerak ke Jalan Duta. Borak-borak all the way until next stop to Jalan Duta. Then pickup E-chert, afterward heading to Stesen Komuter hantar Lee yang nak balik ke Shah Alam. Kemudian aku & E-chert gerak terus ke Pulau Manis. Pulau Manis adalah 4 km dari Sg. Pahang. Apa yang ada kat sini sebenarnya ? Actually dah lama plan nak jalan ke sini since E-chert dah banyak kali ajak datang ke ladang ternakan lembu & kambing. Since dari last July 2008 lagi…asyik bertangguh & timing pun tak best. E-chert member aku masa kat UM & partner F1 aku every year trip ke Sepang GP including Lee. Skang ni dah keje sendiri & akan usahakan ternakan haiwan satu hari nanti. Datang ke Pulau Manis ni sebenarnya nak relax & tengok ladang ternakan yang tengah di usahakan sambil tu bolehlah aku ringankan tulang sket & sambil tu jugak perahkan otak untuk cari ilham. Hahah…ilham yang berceramuk dlm fikiran yang sel neuronnya yang semakin menghilang & pupus melalui proses penua-an.

Dari Stesen Komuter Segambut, gerak dalam jam 15:00 & kitorang reached Pulau Manis lebih kurang jam 18:00. So, photo below shown a part of Ladang Ternakan Lembu & Kambing. Kalo korang nak cari lembu & kambing, bolehlah contact E-chert. Nilah 1st time jejak ke Darul Makmur lepas sikit dari Genting Sempah…selalunya aku cuma sampai tak lebih dari Genting Sempah. Satu lagi location utk Pulau Manis :

N 03°30.294’

E 103°07.793’


Sampai aja petang tu, aku rasa relief semacam, cuba membiasakan diri aku dgn environment surrounding….maklomlah kalo time2 mcm tu (ahad) kat rumah aku dah tak ke mana beb…lepak habiskan masa before pegi keje ke-esokkan harinya. Yelah apa nak buat kalo kat rumah selain surfing. Sampai Pulau Manis, aku dah mula rasa setenang-tenangnya, dengar bunyi cengkeriknya…..aduh syok kehidupan yang macam ni…..tak payah nak rushing, masa kat sini begerak macam dalam vacuum….slow ajer. Malam tu , kuar dari rumah…..bila aku pandang langit atas, aiseh…..macam dlm cerita Beautiful Mind lah pulak…banyak sekali bintang-bintang berkelipan berkomunikasi semasa sendiri di bima sakti sendirian. Wah..wah…..cuba cari bintang-bintang yang senang nak recognized patternnya…huh dapat gak satu malam tu (3 bintang berpendicular sesama sendiri dgn jarak yang sama dari pandangan mata kasar kita….)..happy sangat malam tu….

19th JAN 2009 (Monday):

Awal pagi bangun awal, tak tahan sejuk….sejuk sangat since kawasan di kelilingi pokok balak. Temperature somewhere around 23° C to 25° C, bangun solat suboh & best part after solat suboh, view dari rumah ke ladang memang teruja. Yelah, kalo dah mencari rezeki dgn business sendiri mcm E-chert dah Nampak tempat keja pas solat . Doa mencari rezeki yang halal di depan mata. Nampak apa yang nak dilakukan setiap hari. Tapi kalo sape keje Infineon pun boleh gak, lebih-lebih lagi yang beli rumah sebelah fab tu....memang dasyat lar.....berani sunggoh...gas leakage kalo...tidor nyenyak la selama-lamanya..anyway tempat paling bahaya selalunya tempat paling selamat. See below pic !


Pas mandi, gerak ke Kuantan for breakfast & jalan2. Breakfast dgn nasi lemak kat Restoran Zaman opposite dengan TUDM Kuantan . Sedap & tak terkata. Jamah dgn nafsu yang membuak buak. Sorry , location tak dapat provide since ada technical error dgn mapping kali ni, teroverwrite dgn waypoint yang lain. Tapi korang still boleh cari restoran ni opposite dgn TUDM Kuantan. Operating hour tak sure ! Tapi korang still bleh dapat nasi lemak sampai jam 12:00 lagi.


Right after, aku & E-Chert gerak ke town, cari bahan dapur untuk di masak for the next 3 days. Singgah kat Beserah , belikan ikan masin. Ni tempat yang famous dgn ikan masin. Aku angkat ikan masin dari kabin kontena yang ada fridge; sejuk membeku kat dalam. Nak cerita pasal ikan masin ni aku pun jahil sangat dgn ikan, tak tahu sangat nama ikan pun sbb aku bukannya suka makan ikan. Tapi aku belikan untuk akak aku yang suka ikan masin & ikan bilis dengan udang kering. Haa itu ajelah yang aku tahu (ikan bilis & udang kering). Kedai ni takder nama plak masa aku snapshot.

Location: N3 51.592 E103 22.077 .


Lepas complete misi beli ikan masin, jalan-jalan sekitar Kuantan & makan lagi kat “ Green Groove “ . Tempat ni famous dgn mee goreng (mamak style), actually memang mamak pun yang buat mee ni. (location= N3 49.126 E103 19.568) or close to Jalan Lim Hoe Lek.

Sebelah malam nya pulak, pas dinner masing buat keje sendiri …then bila dah masuk jam 22:00 dah mula borak….macam2 borak…..free topics…ahah memang best since dah takdak sape nak kacau aku dari keje dlm fab tuh….relief aku skali lagi….tenang setenangnya…tak dapat nak gambarkan 2 situasi yang berbeza dgn dua tempat yang totally different…..itulah manusia menilai sesuatu keadaan berdasarkan tempat dia berada….

20th; 21st ; 22nd JAN 2009 (Tuesday/Wednesday/Thursday):

2 hari tak ke mana pung, kitorang dah start bekerja & jadi petukang. Aku tolong E-chert bertukang la kononnya, ketuk sana ketuk sini, potong sana potong sini. Terus terang aku katakan, dah lama tak buat kerja-kerja yang menggunakan kudrat; tapak tangan lembut so bila dah pegang tukul, kerja ko menukul ajer. Sekali start memaku baru tau , yang keje ni susah jugak. Sekali paku, asyik bengkok ajer , alih-alih jari aku yang jadi mangsa tukul. Darah jugaklah …..nasib aku tak hentam jari kuku aku, kalo tak nangis aku dibuatnya. So , tak der mende yang interesting cuma target plan nak siapkan kandang kambing. Sepanjang 2 hari bertukang, susah jugaklah….kene pakai kudrat & sedikit kesabaran….sebab ko buat benda yang baru……banyak benda kena focus. Ada lah sikit gambor masa tengah bertukang. 1st day bertukang dah lenguh-lenguh tangan kanan aku…heh orang muda yang tak berapa aktif sangat. 2nd day kira ok lah sket, paku yang aku ketuk dah mula masuk dengan elok. See below images :




Petang tu jugak (Thursday) aku dah packing sume barang aku untuk balik ke KL sebab duration kat Pulau Manis cuma sampai 22 haribulan ajer. Pagi bertukang siapkan saki baki kandang kambing. Pas jam 13:00 aku dah managed completekan aku punya portion kandang kambing. Petang jam 17:00 aku dah gerak dari Pulau Manis dgn E-Chert pulang semula ke Jalan Duta. Sebelum kitaorang pulang sempat singgah kat pasar malam berdekatan dgn MEC (skang dah jadi Universiti). E-Chert rekomenkan aku try kulit ayam goreng. Satu set kulit ayam goreng + hati + pedal ayam + air krisantimum. Not bad……. Boleh tahan jugak rasanya. Sampai Jalan Duta lebih kurang jam 20:00. Solat jamak dulu then aku terus sambung destination seterusnya ke Serdang Raya (umah sewa Lee), Alhamdulillah aku sampai tak sesat pun pun ke Serdang Raya dgn bantuan “ cik Oregon “ aku. Sampai aja malam tu terus kuar dgn Lee menuju ke CyberJaya since aku memang nak sangat tengok tempat kerja baru dia “ Ericsson “. Balik dari Cyberjaya aku dah flat…..mandi & terus tido.

23rd JAN 2009 (Friday):

Awal pagi lagi aku dah terpaksa bangun sebab nak mengisi masa aku sehari sbb Lee still keje lagi. So after breakfast dgn Lee, aku terus gerak menuju ke UM. Hmmm…..dah hampir 3.5 tahun tak jejak kaki ke Department Physics. 1st skali aku calling Ame Gendong utk jumpa kat UM maklumlah nak cari sapa lagi kaki kat UM. Sume orang dah tak da kecuali staff & lecterurer. Sampai aja UM, aku terus pegi cari ex-supervisor lama aku Dr.Burhanuddin (final year project supervisor); tapi malangnya sume lecturer ada meeting pagi. So, aku terpaksa calling Ali Imran, coursemate lama aku dgn harapan dapat jumpa semula al-maklumlah kenduri Ali aku tak dapat datang. Alhamdulillah, Ali baru aja continue buat M.Sc dgn Dr.Khaulah Sulaiman ex-lecturer aku jugak. Satu hari suntuk habiskan masa kat UM. Petang tu pas solat Jumaat, finally dapat jumpa Dr.Burhan dgn Ali skali. Dah lama tak berborak & ok jugaklah banyak info sharing since masing-masing last contact before aku fly ke Regensburg. Masuk bilik Burhan petang tu memang tak berubah jugak susun atur barang2 dalam bilik dia especially atas meja. Paham-pahamlah apa yang ada atas meja tu….kertas journal berselerakan …… kerja kuat …..See below images sepanjang satu hari aku berada kat UM. Since jam pun dah menunjukkan masa untuk aku gerak dari UM, sbb kalo aku lewat for sure aku akan sangkut dalam kesesakan. Jam 16:30 aku berambus dari UM; kali ni terpaksa guna khidmat “cik Oregon” utk pulang semula ke Serdang Raya, malangnya sume direction yang aku amik asyik salah & aku terpaksa buat U-Turn 2 kali, since dah masuk kali ke-3, nampaknya keadaan bertambah teruk…aku terperangkap dalam kesesakan, satu demi satu aku buat silap & akhir sekali aku tersesat gara2 navigation “ cik Oregon” buat aku confused & ended up aku terlepas sampai ke PutraJaya……adeh malang sungguh nasib aku kali ni. Kalo ikut distance dari UM ke Serdang Raya lebih kurang 15km tapi aku buat rekod sampai balik ke Serdang Raya lebih kurang 60 km ke 70 km. Hmmm…nak buat camna terlampau rely sangat kat “cik Oregon “. Nak tambah lagi worst story aku that Friday….terperangkap & sangkut lagi sekali dlm bad traffic that day dekat South City Plaza ! Sampai umah sewa Lee lebih kurang 2 jam 30 minit (~ 19:00).


24th JAN 2009 (Saturday):

Awal pagi lagi jam 05:30 aku dah bangun untuk sambung lagi next destination, kali ni menuju ke Permas Jaya, Johor Bahru via Batu Pahat, Johor. Pas mandi, solat dalam jam 07:00 aku & Lee dah on the way. Main destination before sampai Permas Jaya, nak pekena Beryani Gam, seperti di gembar-gemburkan dalam blog makan-makan & dalam TV. Kali ni bantuan navigation dari “ cik Oregon “ memang superb since dari Highway until kitaorang keluar ikut susur keluar Pagoh & heading toward Batu Pahat .


Exit Pagoh ke Batu Pahat ikut jalan lama lebih kurang 53 km. Sepanjang perjalanan ke Batu Pahat melalui jalan lama quite fun, scenery cantik ,jalan tak berlubang & macam-macam punya nama tempat tak pernah dengar pun dengar hari tu.



Lagi 1 km nak sampai Bandar Batu Pahat, tiba-tiba aja “ cik Oregon “ buat hal terpadam. Mula-mula ingatkan habis bateri, then aku stop & tukar bateri. Tapi after select Map, tiba-tiba terus padam. Benda yang sama terus berulang kali jadi until terlepas Jalan Kundang (Super Bariani Gam) yang kitaorang nak cari. Lepas tu, baru aku realize yang “cik Oregon” ada bug seperti yang diperkatakan dalam YouTube & memang tak salah lagi masa aku tersesat sampai ke Putrajaya memang di sebabkan oleh bug. Actually model ni baru launch last year somewhere in August, so still ada benda lagi yang Garmin kena work out. Then, nak jugak makan nasi beriani gam , Lee terus call bapak dia tanya kat mana ada tempat lagi yang best dengan beriani gam. Info dapat terus kitaorang gerak cari lagi satu nasi beriani, kali ni close to Hospital Batu Pahat , Jalan Tukas. Tempat agak tersorok sikit, so korang kena pusing2 sket. Since aku orang luar, memang agak sukar nak cari tempat yang macam ni. Finally, jumpa jugak Restoran Bariani Power kat Batu Pahat. Letih sikit after 3 hours driving…& lastly aku dah tak tahan lagi nak merasa nasi beriani gam ni. Aku terus pesan Beriani ayam + Kelapa muda. See below images:

Taste : Ada rasa, OK not bad…recommended !
Rating : 5/7
Environment : Bersih & selesa

Comment:
Nasi best gak, ayam lembut ada rasa . Nak kata terbaik, ok lah , boleh try…maybe aku patut try lagi banyak-banyak beriani. Kat Penang ada satu yang aku try kat Little India.
So pas dah pekena, kepala aku pun dah kena gam….uhuhuhu…..perut dah kenyang…borak-borak badan dah rasa letih sikit & kekurang oksigen, aku & Lee decide nak continue perjalanan still ikut jalan lama until reach sampai ke JB. Before cabut dari Batu Pahat, kitorang round satu kali pusing Batu Pahat amik overview Batu Pahat. Rupanya baru aku sedar yang Batu Pahat datang dari 2 perkataan “ Batu “ & “ Pahat “. Cuba lihat pic below: Haa..satu lagi yang aku pelajari dari Batu Pahat, banyak tempat namanya di mulakan dengan Parit…contohnya Parit Sulong, Parit Jalil…..and satu lagi Parit….alah apa namanya Parit tu…?...lupa lak pulak…& many many more…
So…perjalanan diteruskan, kali ni terus heading toward Permas Jaya ikut jalan lama lagi. Borak-borak sepanjang perjalanan until aku dah bosan & exit amik Highway balik. Tepat jam 14:54 aku & Lee reached safely kat OKID Hotel, Permas Jaya. Sampai ajer terus masuk bilik & tido, perut dah kekenyangan & macam biasa aku kekurangan oksigen. Jam 17:30, battery aku dah full balik & perut dah lapar balik. After maghrib jamak takdim, kitorang keluar cari makan, kali ni malas nak pusing sekitar JB sbb esoknya nak enter Singapore. Dinner kat Jusco & tukar RM ke SGD. Balik malam tu dah flat lagi skali & terus tido after update travel blog aku. Tido jam 00:10.

Location : N1 29.760 E103 48.831, Permas Jaya, Johor Bahru.

25th JAN 2009 (Sunday):

Singapore next destination aku kali ni, few places dah decide utk satu hari trip. Dalam SATNAV, aku dah routed semua location yang nak visit. First check point dalam list:

(a) Singapore Flyer
(b) Orchard Road
(c) Singapore Riverside.

Since last visit aku ke Singapore last skali tahun 1993, banyak benda yang dah berubah; bangunan, culture & the way of thinking pun dah berubah for Sinagporean. Awal pagi tepat jam 07:00 aku & Lee dah gerak ke Tambak Johor. Dari OKID hotel aku follow navigation dari “ cik Oregon “ sampai ke Tambak Johor ajer, map tak update sebab diorang dah buat jalan baru nak ke kastam & imigresen Johor. Pusing 3 kali baru masuk lane yang betul nak menuju ke kastam & imigresen Johor. Lepas settle terus drive masuk ke Singapore. Sampai ajer Singapore custom, kene isi form “ Disembarkation Form For Visitors “.




Lepas tu kena dapatkan AutoPass cost you SGD 10. Inside autopass ada credit SGD5. Autopass macam Touch n Go gak, boleh gune utk parking & sebagainya. Disebabkan aku enter Singapore on weekend so aku tak perlu dapatkan IU (In-Vehicle Unit) macam SmartTag kat Malaysia. IU guna untuk certain area yang ada ERP (Electronic Road Pricing), reason to reduce heavy congestion during peak hours especially on weekdays. So kalo weekdays aku rasa kena sewa IU. Even sekarang semua motorcyclist kena mount IU pada motorad. Settle ajer kat custom, terus heading straight to Singapore Flyer. Malangnya sesuatu yang tak diduga berlaku lagi…..BUG…BUG….!!!! “ cik Oregon “ nak bawak kitorang balik ke Tambak Johor. Aaaahhhhhhh…..Tension !!. Geram gak 3 kali pusing sekitar Woodland. Pastu apa yang aku buat….aku delete semua point of interest dalam Route Planner & hanya tinggal Singapore Flyer. Then baru OK. Lega rasa kali ni …. Follow punya follow ikut sampai ke Chestnut Avenue close to Petir Road & naik bukit tempat orang main MTB. Sampai situ pelik ajer orang ushar…… lantak korang lah…kitorang dah follow betul punya instructions dari “ cik Oregon “. Alih-alih jalan mati , BINAWEK punya “cik Oregon “ , tak guna betul ……. Dah lah salah jalan ….tak nak ngaku yang tempat tu bukan Singapore Flyer. Yang pasti Singapore Flyer dekat dgn Marina Bay. Right after that, aku dah naik angin…..angin…. ! Sabo ajer lah… nasib ko “ cik Oregon “ aku tak baling ke dalam semak hutan trek mountain bike depan tu…. !

Tarik nafas sket, then +ve kan diri yang “ cik Oregon “ penat berjalan…..set terus lagi skali ke Singapore Flyer. First, direction yang “ cik Oregon “ bawak kali ni nampak macam promising….so layan la dgn hati yang girang…..no doubt. ! Lagi 80 m nak masuk simpang ke kiri, aku terlepas plak, then buat U-Turn. Then, akhirnya sampai kat entry gate….kebetulan ada sorang mamat India dari Malaysia keja sebagai Guard dekat entry gate tahan kitaorang…Then kitaorang inform nak ke Singapore Flyer. Dengan rasa bangganya mamat India tu cakap :

“ Sorry fren, this is not Singapore Flyer, this is private place for top tree walk…. If you wanted to go for top tree walk; please park your car over there & you need to walk a bit!”

Huh…dengar kali ni macam tak percaya, nak kata telinga aku pekak tak jugak still capable bleh receive gelombang. Aku pandang Lee & terus berkata:

“ Ko tengok Lee, kita kena kencing skali lagi dengan “ cik Oregon “

…..Huh dengan kecewanya……selepas hampir 2 jam dari Woodland in pula cerita sedihnya kat Singapore. Pastu Lee, gunakan khidmat “ cik Oregon “ tapi kali ni navigate macam komando, pusing sana , pusing sini, untuk navigate cara manual……aku dah gelak dalam hati tapi tahan sikit lagi karang tak sampai lagi ke destination. Buat cara macam ni memang susah sket tapi at least survive jugak la daripada kena kencing buat kali ke-3. Last-last dah nampak Singapore Flyer melalui Marina Bay…. Syukur-syukur termakbul jugak hajat dah nak sampai ke Singapore Flyer. Tak buang masa lagi terus parking…. Tapi Lee ada mention:

“ Apsal Flyer tu tak berpusing Huh….? “

Aku dgn yakinnya menjawab:

“ ye la , Singapore Flyer kan amik masa 30 minit untuk completekan satu pusingan. “

After amik barang dari kereta, ini pula ceritanya:

“ Dear valued guests ,
Singapore Flyer Flights will be suspended today. We seek your understanding & apologise for any inconvinience caused . “

Apa perasaan aku & perasaan korang pada masa tu…..nak memberontak pun ada gak….dah la perut semakin lapar belum breakfast lagi…..adeh….adeh….flyer….flyer…! Patutlah before depart dari “ Homealone “ aku try buat online booking tak boleh…..even dah sampai kat KL, still tak boleh rupanya ada something yang diorang tengah buat kat big flyer ni. Anyway, nak buat camana …. +ve ajerlah…takder rezeki kali ni, apa yang boleh aku snap satu round flyer ni….!

Nak di tambahkan lagi worst situation aku, bateri D200 dah tinggal satu bar, alamak mcmana nak survive amik photo nanti…….no choice , malam tadi takde pulak nak charge..nasib badan. Gamble lah yang boleh aku buat… So after decide dgn Lee, hanya satu location saja setakat ni yang mesti kena buat….shopping kat Orchard Road… since memang aku nak cari backpack & Rudy Project sunglass. Apa lagi first tempat nak cari adalah parking dekat dgn Orchard Road. Gerak terus & pusing dekat Orchard Road & jumpa public parking (close to Penang Road) terus kitorang park kat situ. Then aku cari parking coupon dekat 7 Eleven. Sunday korang just perlu bayar 50 cents SGD per hour, kira cheap lah tu. Day coupon diorang jual satu set SGD 10. Lepas settle parking, terus cari McD, nilah yang paling convenient & senang nak cari since masa kitorang dah dibazirkan 3 jam sebelum tu.

Pas makan, maka bermulah aktiviti bershopping…ehem ni bukan macam golongan kaum hawa ya….3 benda yang simple aja yang nak cari. So, jalan-jalan from one shopping complex to another shopping complex give you a lot of choices……haha…bila ada aja Oakley mesti ada Rudy Project itu yang best tak macam kat Penang susah nak jumpa Rudy Project. Maka seharian berjalan, maka hilanglah segala perasaan marah ku pada “ cik Oregon “. Finally managed to grab camera backpack “ Crumpler “. Setakat ni tak pernah jumpa lagi kat KL or Penang, maybe ada tapi tak pernah jumpa lagi. So, next items nak grab adalah Rudy Project & poskad, fridge magnet + T-Shirt. Since keesokkan harinya adalah Chinese New Year , banyak shopping complex dah mula tutup & dah pun tutup. Aku & Lee punya la struggle nak cari balik kedai sunglass, malangnya semua dah tutup. Apakan daya , takder rezeki selamat jugaklah poket aku….ada hikmahnya tu. First time dalam hidup aku jalan selama 6 jam , cramp habis urat kaki aku…..adeh…lagi teruk dari cycling…cycling pun tak macam ni. So jam pun dah nak menunjukkan 18:30, kitorang last gamble nak masuk satu shopping complex “ Lucky Plaza “ manalah tau jumpa dengan Rudy Project sebab nilah satu-satunya complex yang belum tutup & nampak happening. Masuk aja, masyaallah……ramainya Filipino……Lee dah sound jom lah belah….dah lah muka kitorang mcm Filipino….so tak buang masa terus cabut…maka barulah aku tau yang “ LUCKY Plaza “ sebenarnya UNLUCKY rupanya kepada Singaporean sbb dia dah jadi macam Plaza Kotaraya kat KL or Komtar macam kat Penang , penuh dengan orang asing. 

So, dengan tidak membuang masa terus kitorang berjalan balik ke tempat parking & last skali nak grab souvenir. Jadi bila dah sampai dekat kereta, barulah rasa relieve & happy….satu pengalaman yang amat berharga drive ke Negara orang (even macam Singapore). Dekat Europe pun memang best tapi sayang belum tahu lagi pasal berblog….rugi semua story tak dapat nak dicoretkan masa tu. Anyway, objective dah tercapai & kepala dah mula pening sikit tapi kepuasan tu memang terserlah. Dah malas dah nak cari Singapore Riverside sebab badan dah letih sangat. Sebab kalo ikutkan plan asal nak dapatkan night scenery dekat dengan riverside. Takpalah….lain kali ajerla…dengan bini sendiri next time.

So, perasaan marah pada “ cik Oregon “ dah hilang jadi default balik. Macam biasa aku set ke OKID Hotel semula & Alhamdulillah perjalanan keluar aku dari Singapore berjalan dengan smooth skali, kali ni “ cik Oregon “ dah insaf banyak dah menipu sebelah pagi….. ! hehehe……suka aku on the way balik semula ke JB…tersenyum girang…..Lee pun sama….suka betul…! Sukanya satu jer ada give & take, pertama masa kitorang lost…. & tension that time, after that ko rasa relief bila mana ko dah start bershopping & masa keluar dari Singapore heading toward to JB, Alhamdulillah Tambak Johor tak jam langsung, sebab kitorang expect sangkut masa CNY. Alhamdulillah skali lagi ….!!!

Masa dah kat JB, skali lagi aku buat mistake tersalah simpang, then apa lagi layan punya layan jauh pula menyimpang……adeh skali lagi nih….apa lagi “ cik Oregon “ pun dah mula blank & asyik re-calculate ajer……nasib la “ cik Oregon “ tak boleh cakap, kalo dah boleh cakap mesti kutuk aku habis-habisan…..Then aku stop navigation & start new balik, kitorang pun ikut macam biasa….hahaha…alih-alih dia bawak kitorang singgah depan kedai used car…cilaka skali lagi “ cik Oregon “. Aku & Lee dah tak tahan nak gelak lagi….kena kencing lagi skali dengan “ cik Oregon “. GPS…GPS….sebenarnya tak boleh rely sgt 100%...inilah jadinya…tak palah..Then aku pun dah tak sure malam tu just ikut petunjuk jalan dari Lee & sometimes ada gak ikut navigation dari “cik Oregon “. Last skali kitorang dah tersalah jalan menyimpang jauh sangat sampai satu tahap aku dah letih sangat terpaksa berhenti kat Petronas beli air & nak hilangkan rasa tension aku sebab tersesat….Pastu continue & buat U-Turn…akhir sekali ikut jugak last navigation dari “ cik Oregon “ . Ikut punya ikut, korang tau dia bawak mana kali ni , tempat basuh kereta kat Tesco….hahaha…ko memang hebat la “ cik Oregon “. Skali lagi , aku & Lee bantai kutuk “ cik Oregon “. 

Finally, we reached OKID Hotel somewhere 22:30. But still, if you are an outsider & really don’t have any ideas of the street & not very familiar; you still need SATNAV otherwise your worst situation will become nightmare. We considered fun night…! You’ll never lost if you have good trust to your SATNAV & good instinct while driving. We ended up this trip to Singapore with a billion of smiles. Hopefully in near future, I’ll be able to do so ; the same things as I did with my best friend but this time hopefully with my lover (future wife)…hehehe…isk..isk…LOVE so much this trip.

26th JAN 2009 (Monday) = Chinese New Year :

First of all, to all my Chinese colleagues, Happy Chinese New Year ! So, bangun ajer pagi tuh, rasa relief sekali lagi. Maka next destination aku kali ni adalah nak menuju ke Cheng, Melaka tempat Bandar Gajah Bersejarah…hehehe…..sorry Yus kutuk ko sket…Gajah…Gajah …(Yus..Yus…) . Nilah hari bersejarah buat sahabat baik aku since dari UM lagi. Gajah jugaklah teman aku masa pegi Flying Fox itu ari…Bersejarahnya adalah Yus dah melangsungkan Perkahwinan dengan isterinya yang juga rakan setempat kerja. Congrat Gajah…..!!!!!

Jadi dari OKID Hotel, aku & Lee gerak jam 09:45 & sampai kat Melaka lebih kurang dekat-dekat jam13:00. On the way perjalanan nampak sangat banyak Singaporean keluar dari Singapore + locals jugak keluar berjalan. All the way, sangkut dalam kesesakan at certain area…Tapi still OK sebab boleh gerak jugak. Cool !!! Sampai aja kat exit Ayer Keroh…. Mak aiii…..banyaknya kereta….semua berpusu-pusu nak masuk pusat Bandar. Syukur sekali lagi, aku tak ke pusat Bandar tapi nak menuju ke Cheng. 

On the way, Lee dah cakap yang Jali (Zul Patalan) dah sampai + Ahwey & Irfan + wife Ahwey dah ada kat rumah Gajah. So, pada aku kira re-union balik kat umah YUS… dengan bebudak ni. Kalo korang nak tahu, Cheng ni dah jadi macam main destination aku setiap kali ke Melaka, kalo tak singgah memang tak sah….. kenduri akak Yus yang Doctor tu pun aku & Lee datang dari Penang…. Gajah…Gajah kali ni ko lak kenduri. Tarak hal YUS…selagi aku boleh bernafas & tuhan beri kemampuan kepada aku untuk melawat sahabat-sahabat baik aku, akan tetap aku buat benda baik ni….lebih baik hilang satu dari hilang beribu…cewahh…! Tapi pada aku sahabat tu memang penting….sahabat yang telah melalui masa susah & senang time belajar dulu banyak mendewasakan kita. OKlah…..asyik dengan ayat-ayat puitis la plak…Nak ditambahkan lagi kemeriahan tu semua bebudak Asasi Goon, Nora & the company, Aziah, Yong + Muis , Anuar, Moon ada sekali….oops lupa plak Mior & Aizura ada skali & tak lupa juga encik Zack. Salute la ko Zack jadi pengapit Gajah.




Pas makan Kenduri tu, aku & Lee decide overnight kat Melaka semalam. So kemudian kitorang heading toward to Pusat Bandar cari Hotel nak bermalam malam tu. Kali ni dah tak nak dah hotel RM40…bukannya apa dengan hotel ni….suasana dalam hotel tahun 1970 an punya…tapi wa cakap lu dia punya penangan tido memang tak dapat lawan mana-mana hotel kat Malaysia….bukannnya apa sampai aja Melaka pagi tu (masa kenduri akak YUS) terus cari hotel, luckily nilah hotel bertuah aku & Lee that morning. Sampai, terus check in jam 08:00, tido cuma 3 jam, bangun balik jam 12:00, tapi bangun balik macam ko tido perfect 12 jam, macam tido bayi. Kalo tak percaya korang tanyalah Lee. Ini citer lama masa kenduri akak YUS dulu…aku pun dah tak ingat nama Hotel ni….!

Anyway, kali ni kitorang cari hotel sekitar Bandar Melaka tapi kali ni we are looking for better accomodation & better hospitality. So, ade rezeki dapat kat The Metropole Hotel sebelah dengan Plaza Hang Tuah. Aku parking & Lee settle check in & Lee naik atas sebabkan aku packing barang yang nak dibawa ke atas saja, yang lain tak penting tinggal dalam kereta. Kemudian bila aku masuk, Lee dah naik atas…..after few second mamat ni dah turun carik aku…. Nampak macam cuak aja aku tengok muka dia… dia kata hotel ini gerun sikit lar…nak tahu kenapa, Lee cakap macam kat hospital ler , semuanya sunyi & koridor sebijik macam dalam hospital…..kui..kui…kui…..Lee oh Lee…Tapi betul lah, bila aku naik ajer, memang macam dalam wad hospital….seram gak tengok kalo kena tido sorang..Tapi sayang aku tak sempat amik gambo hotel klasik ni…..rugi…rugi…. aiseh…!!! Masuk ajer dalam bilik, memang tak syak lagi arkitek hotel ni sama dengan Hotel First World, Genting Highland. Tak syak lagi, dia punya design sebijik tak ada cacat celanya….semuanya sama…Katil & segala kelengkapan memang tarbaik……luas….tilam memang syok….! See below photos !


Kemudian setelah selesai ushar bilik apa lagi, sambong tido la kejenye….macam biasa la travel….kewajiban seorang perantau disamping menunaikan solat jamak. Sebelah malamnya pulak, aku & Lee nak carik Asam Pedas tempat favorite Lee punya parent. Location dekat dengan pasar borong. Location: N2 15.240 E102 14.420 . Yang menariknya asam pedas kat sini dia punya kuah memang pekat tak macam kat Penang & KL yang pernah aku makan. Dia punya climaks bila dimasak sekali dengan ikan pari…..cakap ko…..memang ada ummphh….holiao…….!!!!! Sampai kepala aku di banjiri lautan peluh. Hehehe…..syukur Alhamdulillah…..dapat rasa Asam Pedas yang sememangnya bukan aku punya favorite food…tapi memang tarbaik.
Kedai ni namanya Asam Pedas Haji Hamzah & location: N2 15.240 E102 14.420.

So, lepas kekenyangan terus pegi hypermarket….tengok aku & Lee memang mamat shopping complex la sejak dari Orchard Road lagi. Semua destinasi kalo tak shopping complex memang tak sah…..tak kan malam-malam buta ni nak lepak kat dataran ……apa gila la…..Yang best nya pegi ke Tesco lagi. Jalan punya jalan akirnya jumpa dengan franchise Restoran Bariani Power. Siot , kat sini pun ada …..punya la struggle aku & Lee cari kat Batu Pahat. Anyway yang kat Batu Pahat tu memang simbolik la skit….sebab homeground dia. Lepas dah penat pusing, terus balik hotel & terus tido. Lee sambung tido & aku still continue update travel blog aku. Jam 01:00 aku dah ngantok.

27th JAN 2009 (Tuesday) = 2nd day Chinese New Year :

Alhamdulillah, tuhan masih beri nafas kepada aku untuk meneruskan perjalanan aku seterusnya. Kali ni, nak balik ke KL…kiranya dah 75% road trip aku dah complete. Tapi discuss, takkan ko nak sampai KL jam12:00…tak rock la beb…after surf kat dalam Garmin Map Manager, then kitorang decide nak menuju ke Gemas….hahahaha jangan terkejut ….divert ke tempat lain plak…. Aku cuma dapat info ajer dari Lee….yang mengatakan tempat makan kali ni memang best….bestnya dari makanan aku tak pernah rasa lagi….tapi dari Urban Legend memang menakutkan bunyinya….Korang nak tahu apa yang menariknya….tempat ni famous dgn nasik ayam. Info yang Lee cakap, orang memang ramai la…sekali datang sume meja penuh, then owner akan hidangkan dgn nasik , then letak ayam…pastu bila dah habis …..sume satu batch bangun….& replaced plak dgn batch yang lain….walawei….memang Urban Legend…..ganas2. Disebabkan naluri makan aku memang membuak-buak, maka pedal ditekan…dipicit-picitnya “ cik Oregon ” supaya mengnahkodakan kitorang ke Gemas kali ni. Satu lagi chapter road trip aku yang takder dlm senarai di masukkan. Gemas oh Gemas…..eden tak ponah poyi tempat ni….


Sepanjang perjalanan memang tak boring…banyak benda berborak…dah tak bleh nak ingat banyak sangat…gossip sana gossip sini…..Syok gak jalan nak menuju ke Gemas ni, before masuk ke Negeri Sembilan ni, lalu satu ladang getah…cantek jugak Malaysia ni, ada gak tempat macam kat Europe, ada poko kering macam musim luruh….chantek siot….kagum dengan Malaysia. Then, sepanjang road trip aku ni sejak dari Penang until ke Gemas aku dah jumpa 2 tempat Tahfiz….alhamdulillah….still ada tempat yang macam ni yang kita kena pelihara & lahirkan lebih ramai lagi tahfiz. Satu kat Beserah, (bekas rumah E-chert) & satu lagi nak sampai kat Gemencheh……
Borak punya borak , lastly sampai jugak kitorang kat Gemas. Gemas dalam buku teks Geography di kenali dengan tempat pertemuan landasan keretapi menuju ke Pantai Timor & menuju Selatan + menuju ke Utara. So…lastly sampai jugak aku depan kedai yang Lee cakap tu. Sampai terus order….maka dialognya pun berbunyi :

Waiter : Nak makan apa? Nak ayam yang suku atau separuh?
Lee : Bang, ayam kasi SEKOR !!! Nasi untuk 2 orang….Fizi OK..?
Fizi : OK….Holiao….!!!!!
Waiter : Alamak…banyak tu dek…apa kata try separuh dulu….?!!? Takut nanti tak habis…..
Lee : Iye ke….Grrrrrr…..ahah OK la bang kasi separuh…dulu….

Apa yang korang terfikir…..? memang kitorang ni nak melantak aja….nasib la brader tu advise….. kalo tak aku & Lee struggle nak habiskan ayam sekor tu….Bukannya apa…aku & Lee dah pernah buat rekod habiskan ayam sekor kat Kenny Rogers….itu yang agak normal pada kitorang…..memang la macam monster aku & Lee bab nak melantak….Ingat lagi masa trip bulan puasa ke IPOH dulu……tapau kuih la….order nasik & macam2 lagi sampai penuh meja…yang nak makan cuma 2 orang..satu singa kerdil , satu lagi naga sakti…..sampai nak cover line kitorang cakap ada member nak datang….padahal yang nak berbuka tu cuma kitorang ajer…last skali berapi tak habis….nafsu-nafsu…..Lee oh Lee…..! Anyway kedai ni namanya Mustafah Nasi Ayam Gemas & location N2 34.937 E102 36.665:


Berapi jugak lah nak habiskan…..ayam oh ayam….balon saja. Last skali habis jugak dibedalnya aku & Lee.

Taste : Ada rasa, OK not bad…recommended !
Rating : 5/7
Environment : Dekat dengan bus station Gemas. Banyak officer tentera makan kat sini….jangan main-main karang kena tembak. Ok lah….not so bad. Tak dak kangaroo Malaysia kat sini ….. tu yang penting (aka cik Siti).

Comment:
Nasi best gak, ayam bukan macam Kenny Rogers. Ada rasa…kulit pun sodap. Nak boleh try...!
Pas makan, Alhamdulillah syukur nikmat….perjalanan diteruskan lagi …kali ni aku jadi co-pilot lak…driver di tangan Mika plak…Dari Gemas kitorang ikut jalan lama, sebab jalan lama kita bleh tengok benda yang pelik & cara hidup orang tempatan. All the way lalu Rembau, tempat ahli Parlimen Rembau….aku & Lee kutok2 sket…..ngeh…ngeh….saje la…opinion masing-masing….

Bestnya road trip kali, semuanya proper….lengkap…cukup rest, cukup masa, cukup budget, timing chantek….& yang paling penting safety come first….semua kene check before trip start. Cakap pasal jalan lama, tak semua orang prefer jalan lama…..tapi best jugak kalo amik kesempatan ni…….dalam kepala otak aku dah fikir nak wat next road trip pusing Malaysia…..haha…..tunggu……!

Ok lah, since perjalanan aku pun dah nak ending, KL lah hentian terakhir aku kali ni. Tapi kat KL, still ada member yang aku nak jumpa & akak aku yang tinggal di Selayang. Sepanjang jalan menuju ke Seremban (tapi tak kuar Seremban, exit Rembau masuk Highway balik)…….bukannya apa boring sket time tengah panas cam ni. So masuk Highway balik……maka terperangkap dalam jam lak pulak….kali ni nak sampai kat Seremban dah jam macam semut gula….korang nak tau sebab apa…Polis trafik la punya pasal tahan kereta buat salah time CNY….apa ke bangang namanya…..kerana nak tahan segenlintir pemandu; yang jadi mangsa nya kitorang …..beribu-ribu kereta sangkut dalam kesesakan ni. Kalo nak saman pun….saman la ekor…..itu lebih bernas…..manggkuk betul tak pakai otak……!

Tapi sepanjang highway ni, syok gak tengok gelagat orang…..cuba korang tengok photo yang sempat aku snap kat bawah tu….ada mamat tu, naik motorad….sambil melengung….ada sorang tu…naik motorad sambil berdiri…..manusia-manusia.. macam2 feal…..macam2 pesen rupanya….

Sebelum sampai, terlintas di fikiran Lee nak singgah IKEA…..hahahaha menarik jugak cadangan Lee….apa lagi…terus IYA saja aku ni…bukannya apa….kalo sampai awal sangat takkan nak tido lagi …ni dah melampau namanya….since Kye Gaban (member aku kat Goon pun belum bangun tido lagi)…yelah penat ..baru balik dari Argentina….Pilot siot member aku ni….bukannya tinggi pun…aku lagi tinggi…..heheheh sorry la KYE….gurau sopan aja….anyway….pas solat & dinner barulah aku nak cari KYE plak kat Puchong……..last kali gath masa kenduri umah Zam kat Jitra dulu….pastu tarak jumpa lagi…..yang sempat hanya chatting aja….OKlah sementara nak tunggu Gaban bertarung balik dengan raksaksa, lebih baik aku singgah IKEA dulu bertarung dgn nafsu shopping aku…..isk…isk…isk….jarman…jarman….!

Finally reached IKEA jam 15:00…Sampai, packing semua barang penting kuarkan dari keta….jangan tinggal electronic gadget dalam kereta….kalo tak nahas lah dipecah pencuri…masa kat dalam IKEA, ada junior aku sempat tegur aku…..junior aku masa MRSM Gerik dulu…salute la ko NIK....masih ingat aku lagi walaupun physical aku tetap macam ni lagi…..aku tak perasan tapi baguslah still boleh cam seniornya lagi….then dia pun cakap yang dia dah berfamily dgn ex-budak Gerik jugak…IKA namanya….salute korang lagi skali….bercouple sampai dah beso panjang & sampai ke alam berkeluarga. Jarman..Jarman….apa la nasib ko Jarman…….Takpe sabo sikit lagi Jarman…Anyway…congrat lah utk ko NIK & wife ko dapat baby…..

Haha…pas dah penat round & unscheduled shopping….maka tibalah masanya balik ke Serdang Raya…alahai……sedih siot ….road trip aku dah nak ending rupanya….tapi sepanjang perjalanan balik aku tuh…..seribu senyuman terukir di bibirku……mengenangkan road trip aku & masa serta kekawan yang dah aku jumpa selama 8 hari tu….Thank You Allah. Tiba aja kat Serdang Raya, solat jamak & terus mandi..& fikir nak dinner sementara tunggu calling dari encik Gaban. Malam tu dinner kat kedai mamak dengan Lee…alih2 jumpa member yang pegi Flying Fox itu ari…aiseh keciknya dunia ni…..aku pulak yang tanya….apa yang ko buat kat sini…(adeh sorry lar lupa nama mamat ni, member Afif…ampun patik kerana tidak dapat meningat…maklumlah otak ku tidak mampu menyimpan data terlalu lama….selepas beberapa hari …semua data kene reset) itu yang peliknya bila mamat ni tengok; aku angkat tangan kat dia….alih2 aku yang tanya dia:

“ Apa yang ko buat kat sini….ko tinggal sini ker…?

Jarman…Jarman….patutnya orang lah yang tanya ko…apa yang ko buat kat sini….tak kisahlah….janji aku tak sombong tegur orang…So pas makan…..aku gerak balik dengan Lee ke Serdang Raya. Sampai aja Gaban dah call yang dia dah nak balik ke Puchong.

OKlah Lee..Sayonara sepanjang road trip kali ni….entah bila la nak ada trip lagi macam ni…..sempat ker tak sempat tuhan saja yang tau…Insyallah JUMPA NANTI…! Aiseh ayat macam dalam cerita JOHN Q lah…..aha….!

Maka….perjalanan tetap diteruskan lagi…..menuju ke Puchong….Alhamdulillah sampai Puchong tak sesat……terus lepak umah Gaban plak malam tu. Gaban nampak letih skit still Jet Lagged lagi…..tulah borak punya borak sampai jam 02:30 pagi…..macam2 topic borak….dari A sampai Z. Itulah namanya kawan….bila lama tak berjumpa…macam2 topic & life update kuar habis….sampai bila tido pun aku ngigau malam tu…siot macamana lah aku boleh ngigau ….kantoi siot…..! Anyway Gaban ko dah kena settle down…..kesian gak aku tengok ko…..bilik banyak yang duduk hanya ko sorang….! Kesian ikang-ikang ko kat rumah tu…..takder tuannya.. jangan jadi macam aku cukuplah…sampai masa nak bagi kasih sayang kat kucing Persian aku pun takder masa…alih-alih terkorban sehari sebelum Hari Raya Qurban. Kesian LULU….!

28th JAN 2009 (Wednesday) = 3rd day Chinese New Year : 

Bangun pagi tu…alamak semacam aja rasanya…..sunyi betul umah Gaban ni..macamana lah ko Gaban ko boleh duduk….ceh…..aku pung sama gak nak nasihatkan orang konon..….tapi ko punya skala sangap memang jauh dari aku…sangap banyak…..termenung aku pagi tu….! Pas balik dari breakfast…..borak lagi….sampai lah tengah hari tu….dua-dua layan tido kat tepi kolam ikang tuh…..weh memang syok gaban……layan tido…..Tapi apakan daya…..aku terpaksa menamatkan road trip aku kat Selayang before the next day masa untuk balik ke Penang (Homealone).

Pas solat jamak….aku kuar dengan Gaban makan petang before heading to Selayang. Sampai jam18:00 kat Selayang, jumpalah akak aku & anak-anak buah aku….semuanya dah besar & makin cerdik…Yang Kecik tu Afiq (3 tahun) suka borak dengan aku…abang yang sulong Muhammad Danial….senyum aja….( Danial ada masalah dengan urat sarafnya sejak dari kecik lagi….alamak apa istilah perubatan yang EJ cakap malam tu..) lupa lagi….!&%^#@? Haa yang Aishah pulak, suka senyum tapi nampak sangat segan dengan Paksu nya….Aniq pulak dah masuk darjah satu kalo tak salah aku. Ingat lagi Aniq ni hyperactive masa 4 ke 5 tahun…masyallah dia punya nakal…sampai aku pung pening nak melayan…..banyak sangat kerenah…..tapi skang dah beso & cerdik banyak dengar cakap …..Alhamdulillah….koranglah harapan mak ayah korang….belajo bersungguh yaa…wahai anak-anak buahku. Jadilah anak yang soleh & solehah….!

Pastu malam tu, since dah kat Selayang , aku pegi jumpa member aku kat Hospital Selayang….saja nak borak & lepak since dah dekat sangat dengan umah akak aku. Nilah member aku masa main Flying Fox itu ari. Pas malam tu….maka aku boleh katakan yang trip aku dah berakhir sebab ke semua kawan-kawan lama & baru dapat jumpa dalam tempoh yang singkat ni. Accomplished ! Banyak benda sebenarnya….tersirat sepanjang road trip ni….ada baiknya kita cari balik kengkawan yang dah hampir lost contact & refresh balik old stories…. Yang baru jugak ….tak lebih dari sekadar pelengkap kepada perjalanan hidup kita…Patah tumbuh hilang berganti….ada baru & lama.

29th JAN 2009 (Thursday) = No more Chinese New Year (back to worklah …!!):

Pagi tuh aku bangun awal pagi jam 05:30, sebab nak sampai “Homealone” before matahari panas terik….so aku decide paling lewat gerak before 07:00. So pas solat suboh & breakfast aku dah ready…..Afiq & Aniq dah bangun….kesian la korang…..tak dpt bawak jalan2….insyallah ada rezeki nanti datang lagi. Yang kecik tu (Afiq) tak sudah2 babai aku masa nak balik….adeh sedih siot….! Anyway….aku masuk Highway Rawang Jam07:00. Isi minyak kat Petronas Rawang & non-stop dari Rawang sampai lah ke exit Bukit Tambun (2hours 50 minutes). Aku sampai jam 09:50, rekod baru aku buat dari KL ke Penang below 3 hours. Total mileage 2644 km within 12 days. Total petrol RM350 + RM140 for tolls. Last but not least safety aku …. most important after the whole entire journey during this time period. Alhamdulillah !!!



Trip Summary:
Good things from this trip was about who am I…searching for the right time & roots of where I belongs during my Uni time….plus also to get closer with all of my frens either an old frens or new frens. More confident I am to make decisive decision on the next levels. Knew myself better….exploring the beauty of friendship …. bunches of brilliant ideas during the critical year & a balanced of life. One thing for sure…See the good things in life (like the beauty of the beast) ! Definitely , this road trip was part of my whole life journey !
Amazing !!!!!!!!!!!

Thank You Allah.

END of Part 1 Road Trip 2009.